TERENGGANU, 8 Dis (Bernama) -- Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500. Berucap ketika membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13, di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan. Katanya kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM20 juta kepada 9,719 kakitangan awam negeri bagi pemberian tersebut yang akan dibayar pada Januari tahun hadapan. Terdahulu Kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan ketika membentangkan "Bajet 2015 pada 10 Okt lepas. Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ahamd Razif menyifatkan Bajet 2015 ini bakal memberi manfaat menyeluruh kepada semua rakyat negeri meliputi isu kritikal seperti masalah perumahan, kemiskinan, keusahawanan, perkhidmatan, sukan, pendidikan, pembangunan, pertanian, pelancongan, ibu tunggal, malah kebajikan penarik beca dan pemandu bot penambang turut diambil kira. Menurutnya kerajaan negeri juga prihatin dengan nasib pengayuh beca roda tiga yang membawa penumpang ke Pasar Kedai Payang serta pemandu bot penambang tradisional kerana mereka adalah antara mereka di barisan hadapan dan punyai peranan tersendiri dalam memajukan sektor pelancongan di negeri ini. "Untuk itu, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM200 sebulan kepada mereka sebagai insentif dan ia akan diuruskan oleh Tourism Terengganu, katanya. Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pelaksanaan program membina rumah baharu serta membaik pulih rumah dengan 1,300 penerima bakal menerima manfaatnya. "Sebanyak RM43 juta juga diperuntukkan bagi menyiapkan 19 projek sambungan Rumah Mampu Milik dan kerajaan negeri menyediakan subsidi antara RM20,000 hingga RM73,000 bagi setiap unit rumah termasuk kos penyediaan infrastruktur dan kos tanah. "Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menghapuskan faedah dalam bayaran bulanan pembelian rumah mampu milik dan melanjutkan tempoh bayaran sehingga 30 tahun dengan jumlah bayaran hanya RM189 bulanan," katanya. Keutamaan diberi kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, belum memiliki rumah sendiri dan kuota 10 peratus turut disediakan untuk golongan belia yang belum berkahwin. Selain itu, Ahmad Razif berkata sejumlah RM20.6 juta diperuntukkan bagi melonjakkan lagi sektor pertanian, RM17.3 juta untuk pengurusan sukan, RM10 juta untuk pembinaan litar motosikal di Gong Badak dan RM10 juta untuk membantu golongan ibu tunggal di negeri itu menjalankan perniagaan, manakala peniaga di kampung diperuntukkan RM5 juta iaitu pinjaman mudah. "Bagi memperkasakan lagi golongan belia, kerajaan negeri bersetuju menaikkan insentif kepada persatuan belia yang aktif sebanyak RM5,000 berbanding RM2,000 sebelum ini manakala persatuan belia yang biasa, kekal menerima RM2,000 sebagai bantuan pentadbiran. "Aspek kebersihan yang menjadi fokus utama Terengganu pula menerima peruntukan sebanyak RM60 juta manakala untuk mengatasi kejadian banjir kilat, sebanyak RM34 juta diperuntukkan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT) untuk kerja pembinaan dan penyelenggaraan perparitan," katanya. -- BERNAMA
Menyiarkan berita semasa yang berkenaan dengan rakyat, kerajaan dan kakitangan kerajaan. Termasuk isu-isu semasa di dalam dan luar negara!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agong
ANGGOTA
ATM
BARANG
Bebas
BONUS
CUEPACS
CUEPACS CADANGKAN TEMPOH WAJIB TUGAS PENGUAT KUASA
cuti sekolah
cuti umum
DAP
DENGAN JELAS TRANSFORMASI
DEWAN NEGERI: bONUS SETENGAH BULAN ATAU MINIMUM RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM N.SEMBILAN
DIGESA
diremajakan
DUN
Fuad Hassan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Gesa
guru
Henti Tuntut
Imigresen
isa
jadual gaji
jadual gaji guru
Jawatan
JPJ
kakitangan kerajaan
kalender 2015
KENAIKAN HARGA
kerajaan
KESAL
KP Jasa
Kurnia
LAPOR
Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam
Menjelang 2020
Negara
PAS
Pati
penjawat awam
penyata gaji
PERKHIDMATAN AWAM - KP JPA
PERLU FAHAM
Pingat Darjah Kepahlawanan
rancang percutian
Selangor
SETIAP
Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Daripada Anwar Ibrahim
TERENGGANU
TERHADAP
TIDAK MUNASABAH
Timbalan Speaker
UGUTAN BUNUH
umno
No comments:
Post a Comment