Menyiarkan berita semasa yang berkenaan dengan rakyat, kerajaan dan kakitangan kerajaan. Termasuk isu-isu semasa di dalam dan luar negara!
CUEPACS CADANGKAN TEMPOH WAJIB TUGAS PENGUAT KUASA
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewajibkan setiap agensi penguat kuasa tidak menempatkan seseorang pegawai atau anggota di satu-satu kawasan melebihi lima tahun. Azih Muda Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah tersebut bertujuan mengelak mereka berasa ‘selesa’ di sesuatu tempat sehingga mendedahkan mereka kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa. Selain itu, kata beliau, setiap ketua unit penguat kuasa juga bertanggungjawab melakukan pemantauan bagi mengelakkan orang bawahan mereka seolah-olah mempunyai kuasa sendiri. “Dasar penempatan tidak melebihi lima tahun ini wajib dilaksanakan memandangkan pada masa ini ada agensi tidak membuat pertukaran anggota mereka sehingga 20 tahun. “Selain itu ketua perkhidmatan masing-masing mesti mengetahui keperluan dan pergerakan anak-anak buah mereka serta mengetahui masalah pekerja. Mereka juga mesti sentiasa berkomunikasi supaya mengwujudkan rasa hormat dan nilai-nilai integriti dalam diri agar tidak tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh mencadangkan pembersihan anggota dalam agensi-agensi penguat kuasa perlu dilakukan bagi menghentikan gejala rasuah terutama di bahagian atau unit yang berisiko tinggi seperti di bahagian pelesenan iaitu bermula dengan pelaksanaan pemprofilan integriti dalam proses pengambilan anggota bagi agensi-agensi berkenaan. Cadangan itu dibuat susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pindaan terhadap undang-undang sedia ada dilaksanakan bagi mengenakan tindakan lebih berat kepada penerima dan pemberi rasuah. Dalam pada itu, Azih berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah unit pemantauan untuk meneliti setiap dasar dan sistem penyampaian kerajaan yang dilihat lapuk dan tidak lagi relevan. Katanya, kelambatan proses-proses tertentu dan kerenah birokrasi dalam sektor kerajaan perlu dibanteras secara keseluruhan kerana keadaan itu boleh mengundang kepada gejala rasuah. Jelas beliau, penambahan pegawai di barisan hadapan mesti dilakukan sekiranya kaedah tersebut boleh mengurangkan tempoh menunggu dalam setiap permohonan dokumen-dokumen kerajaan. “Rakyat tidak suka untuk menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan permohonan di mana-mana agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan mereka akan menyogok wang untuk mempercepatkan proses ini. “Jadi, sekiranya perkara ini dapat dibendung melalui pemantauan unit berkenaan, gejala rasuah ini tidak mungkin akan berlaku,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tukar-setiap-lima-tahun-1.35172#sthash.HvONR2Rt.dpufetiap lima tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agong
ANGGOTA
ATM
BARANG
Bebas
BONUS
CUEPACS
CUEPACS CADANGKAN TEMPOH WAJIB TUGAS PENGUAT KUASA
cuti sekolah
cuti umum
DAP
DENGAN JELAS TRANSFORMASI
DEWAN NEGERI: bONUS SETENGAH BULAN ATAU MINIMUM RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM N.SEMBILAN
DIGESA
diremajakan
DUN
Fuad Hassan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Gesa
guru
Henti Tuntut
Imigresen
isa
jadual gaji
jadual gaji guru
Jawatan
JPJ
kakitangan kerajaan
kalender 2015
KENAIKAN HARGA
kerajaan
KESAL
KP Jasa
Kurnia
LAPOR
Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam
Menjelang 2020
Negara
PAS
Pati
penjawat awam
penyata gaji
PERKHIDMATAN AWAM - KP JPA
PERLU FAHAM
Pingat Darjah Kepahlawanan
rancang percutian
Selangor
SETIAP
Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Daripada Anwar Ibrahim
TERENGGANU
TERHADAP
TIDAK MUNASABAH
Timbalan Speaker
UGUTAN BUNUH
umno
No comments:
Post a Comment