Bernama
3/12/13
JOHOR BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mahu 1.5 juta penjawat awam di negara ini melaporkan tindakan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015 dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah. Katanya usaha ini dapat membantu usaha kerajaan memastikan agar rakyat tidak dibebani dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi selain tidak berlaku ketirisan dalam sistem percukaian tersebut. "Penjawat awam perlu memainkan peranan dengan membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #myGST4U Negeri Johor yang dianjurkan JPA di sini pada Selasa. Sementara itu, katanya, JPA telah meluluskan lebih 400 jawatan penguat kuasa baharu sebagai persediaan kerajaan
mengawal kenaikan harga barang. Mohamad Zabidi berkata pertambahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu dibuat sebagai mengambil kira kepentingan rakyat yang bimbang akan kenaikan harga barang tanpa kawalan. Beliau juga mahu agar penjawat awam memahami dan memberi perhatian kepada setiap perkara di dalam Bajet 2015 kerana mereka adalah pelaksana dasar bagi program yang digubal dan dirancang kerajaan. Menurut beliau, sekiranya mereka menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, ia membawa kesan berganda yang boleh memberi impak besar kepada kefahaman dan pengetahuan mengenai dasar-dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan. "Setakat ini, saya berpuas hati kerana rata-rata penjawat awam mempunyai pengetahuan yang baik berhubung CBP dan ini sememangnya akan membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya," katanya. Mengenai program itu, beliau berkata, ia merupakan kali kelima selepas diadakan di Perak, Sabah, Kedah dan Perlis sebelum ini sebagai satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran penjawat awam berhubung pelaksanaan CBP.
--BERNAMA
Menyiarkan berita semasa yang berkenaan dengan rakyat, kerajaan dan kakitangan kerajaan. Termasuk isu-isu semasa di dalam dan luar negara!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agong
ANGGOTA
ATM
BARANG
Bebas
BONUS
CUEPACS
CUEPACS CADANGKAN TEMPOH WAJIB TUGAS PENGUAT KUASA
cuti sekolah
cuti umum
DAP
DENGAN JELAS TRANSFORMASI
DEWAN NEGERI: bONUS SETENGAH BULAN ATAU MINIMUM RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM N.SEMBILAN
DIGESA
diremajakan
DUN
Fuad Hassan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Gesa
guru
Henti Tuntut
Imigresen
isa
jadual gaji
jadual gaji guru
Jawatan
JPJ
kakitangan kerajaan
kalender 2015
KENAIKAN HARGA
kerajaan
KESAL
KP Jasa
Kurnia
LAPOR
Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam
Menjelang 2020
Negara
PAS
Pati
penjawat awam
penyata gaji
PERKHIDMATAN AWAM - KP JPA
PERLU FAHAM
Pingat Darjah Kepahlawanan
rancang percutian
Selangor
SETIAP
Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Daripada Anwar Ibrahim
TERENGGANU
TERHADAP
TIDAK MUNASABAH
Timbalan Speaker
UGUTAN BUNUH
umno
No comments:
Post a Comment