Klik atas untuk dapatkan simkad paling JIMAT. Call 5sen, percuma sms

Klik atas untuk dapatkan simkad paling JIMAT. Call 5sen, percuma sms
Keterangan lanjut Whatsapp/Call 0194831125

CUEPACS CADANGKAN TEMPOH WAJIB TUGAS PENGUAT KUASA



KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewajibkan setiap agensi penguat kuasa tidak menempatkan seseorang pegawai atau anggota di satu-satu kawasan me­lebihi lima tahun. Azih Muda Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah tersebut bertujuan mengelak mereka berasa ‘selesa’ di sesuatu tempat sehingga mendedahkan mereka kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa. Selain itu, kata beliau, setiap ketua unit penguat kuasa juga bertanggungjawab melakukan pemantauan bagi mengelakkan orang bawahan mereka seolah-olah mempunyai kuasa sendiri. “Dasar penempatan tidak melebihi lima tahun ini wajib dilaksanakan memandangkan pada masa ini ada agensi tidak membuat pertukaran anggota mereka sehingga 20 tahun. “Selain itu ketua perkhidmatan masing-masing mesti mengetahui keperluan dan pergerakan anak-anak buah mereka serta mengetahui masalah pekerja. Mereka juga mesti sentiasa berkomunikasi supaya mengwujudkan rasa hormat dan nilai-nilai integriti dalam diri agar tidak tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh mencadangkan pembersihan anggota dalam agensi-agensi penguat kuasa perlu dilakukan bagi menghentikan gejala rasuah terutama di bahagian atau unit yang berisiko tinggi seperti di bahagian pelesenan iaitu bermula dengan pelaksanaan pemprofilan integriti dalam proses pengambilan anggota bagi agensi-agensi ber­kenaan. Cadangan itu dibuat susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pindaan terhadap undang-undang sedia ada dilaksanakan bagi mengenakan tindak­an lebih berat kepada penerima dan pemberi rasuah. Dalam pada itu, Azih berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah unit pemantauan untuk meneliti setiap dasar dan sistem penyampaian kerajaan yang dilihat lapuk dan tidak lagi relevan. Katanya, kelambatan proses-proses tertentu dan kerenah birokrasi dalam sektor kerajaan perlu dibanteras secara keseluruhan kerana keadaan itu boleh mengundang kepada gejala rasuah. Jelas beliau, penambahan pegawai di barisan hadapan mesti dilakukan sekiranya kaedah tersebut boleh mengurangkan tempoh menunggu dalam setiap permohonan dokumen-dokumen kerajaan. “Rakyat tidak suka untuk menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan permohonan di mana-mana agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan mereka akan menyogok wang untuk mempercepatkan proses ini. “Jadi, sekiranya perkara ini dapat dibendung melalui pemantauan unit berkenaan, gejala rasuah ini tidak mungkin akan berlaku,’’ katanya.
 - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tukar-setiap-lima-tahun-1.35172#sthash.HvONR2Rt.dpufetiap lima tahun



TERENGGANU PERUNTUKAN KIRA-KIRA RM20 JUTA AGIH BONUS KEPADA 9,719 PENJAWAT AWAM NEGERI

 TERENGGANU, 8 Dis (Bernama) -- Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500. Berucap ketika membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13, di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan. Katanya kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM20 juta kepada 9,719 kakitangan awam negeri bagi pemberian tersebut yang akan dibayar pada Januari tahun hadapan. Terdahulu Kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan ketika membentangkan "Bajet 2015 pada 10 Okt lepas. Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ahamd Razif menyifatkan Bajet 2015 ini bakal memberi manfaat menyeluruh kepada semua rakyat negeri meliputi isu kritikal seperti masalah perumahan, kemiskinan, keusahawanan, perkhidmatan, sukan, pendidikan, pembangunan, pertanian, pelancongan, ibu tunggal, malah kebajikan penarik beca dan pemandu bot penambang turut diambil kira. Menurutnya kerajaan negeri juga prihatin dengan nasib pengayuh beca roda tiga yang membawa penumpang ke Pasar Kedai Payang serta pemandu bot penambang tradisional kerana mereka adalah antara mereka di barisan hadapan dan punyai peranan tersendiri dalam memajukan sektor pelancongan di negeri ini. "Untuk itu, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM200 sebulan kepada mereka sebagai insentif dan ia akan diuruskan oleh Tourism Terengganu, katanya. Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pelaksanaan program membina rumah baharu serta membaik pulih rumah dengan 1,300 penerima bakal menerima manfaatnya. "Sebanyak RM43 juta juga diperuntukkan bagi menyiapkan 19 projek sambungan Rumah Mampu Milik dan kerajaan negeri menyediakan subsidi antara RM20,000 hingga RM73,000 bagi setiap unit rumah termasuk kos penyediaan infrastruktur dan kos tanah. "Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menghapuskan faedah dalam bayaran bulanan pembelian rumah mampu milik dan melanjutkan tempoh bayaran sehingga 30 tahun dengan jumlah bayaran hanya RM189 bulanan," katanya. Keutamaan diberi kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, belum memiliki rumah sendiri dan kuota 10 peratus turut disediakan untuk golongan belia yang belum berkahwin. Selain itu, Ahmad Razif berkata sejumlah RM20.6 juta diperuntukkan bagi melonjakkan lagi sektor pertanian, RM17.3 juta untuk pengurusan sukan, RM10 juta untuk pembinaan litar motosikal di Gong Badak dan RM10 juta untuk membantu golongan ibu tunggal di negeri itu menjalankan perniagaan, manakala peniaga di kampung diperuntukkan RM5 juta iaitu pinjaman mudah. "Bagi memperkasakan lagi golongan belia, kerajaan negeri bersetuju menaikkan insentif kepada persatuan belia yang aktif sebanyak RM5,000 berbanding RM2,000 sebelum ini manakala persatuan belia yang biasa, kekal menerima RM2,000 sebagai bantuan pentadbiran. "Aspek kebersihan yang menjadi fokus utama Terengganu pula menerima peruntukan sebanyak RM60 juta manakala untuk mengatasi kejadian banjir kilat, sebanyak RM34 juta diperuntukkan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT) untuk kerja pembinaan dan penyelenggaraan perparitan," katanya. -- BERNAMA

DEWAN NEGERI: BONUS SETENGAH BULAN ATAU MINIMUM RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM N.SEMBILAN


SEREMBAN, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebagai menghargai sumbangan berterusan penjawat awam dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. "Bayaran ini akan dijelaskan pada 2 Jan 2015. "Dengan insentif ini, saya amat berharap prestasi kakitangan awam negeri ini akan terus dipertingkat di samping memegang teguh prinsip integriti dalam setiap gerak kerja," katanya ketika berucap semasa membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Sementara itu, dalam usaha menggalakkan jabatan dan agensi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di tahap 'Sangat Baik' dalam tahun-tahun akan datang, kerajaan negeri memberikan insentif kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap jabatan dan agensi yang berjaya mencapai standard itu. Mohamad berkata pada 2013, berdasarkan pemarkahan Jabatan Audit Negara ke atas 14 jabatan dan agensi kerajaan negeri, sembilan jabatan dan agensi berjaya mencapai tahap 'Sangat Baik' dengan markah yang diperoleh melebihi 90 peratus. "Lima agensi lagi mencapai tahap 'Baik' dengan markah antara 84.2 peratus dan 89.9 peratus," katanya. Jabatan dan agensi yang telah mencapai kejayaan pada tahap 'Sangat Baik' ialah Majlis Perbandaran Seremban, Pejabat Kewangan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Selain itu Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri Sembilan turut mencapai tahap 'Sangat Baik'. -- BERNAMA



Kerajaan Disaran Pertimbang Cadangan Kembalikan ISA, Penganalisis

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, amat diperlukan bagi menangani anasir-anasir subversif, sekali gus memastikan keharmonian dan kestabilan sesebuah negara.

Beberapa penganalisis politik tanah air berpendapat ISA, yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011, sebenarnya masih relevan dan kerajaan disaran mempertimbangkan saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan pihak tertentu mengganggu-gugat keselamatan negara selain menangani perlakuan subversif.

Bagi menggantikan ISA serta memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan dan kerukunan hidup rakyat dan negara, dua undang-undang baharu iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA dan Akta Perhimpunan Aman 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada 2012.

Seperti yang dinyatakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa keputusan kerajaan memansuhkan ISA sebagai satu kesilapan dan kerajaan harus mempertimbang keperluan untuk mengadakan semula akta tersebut tanpa takut kepada kritikan mengenainya.

Perlukah ISA dikembalikan?

SEBAGAI PENCEGAHAN, ISA SEMEMANGNYA DIPERLUKAN

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Jabatan Perdana Menteri Prof Dr Jayum Jawan berkata akta seperti ISA sememangnya diperlukan untuk sesebuah negara menangani pelbagai ancaman baharu yang menggugat ketenteraman awam dan kestabilan politik.

KP Jasa, Fuad Hassan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung



Datuk Fuad Hassan




KUANTAN, 8 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tengah malam tadi akibat serangan sakit jantung.

Beliau berusia 62 tahun.

Fuad menghembus nafas terakhir kita-kira jam 12.20 tengah malam tadi di sisi ahli keluarganya setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan awal pagi semalam.

Allahyarham sebelum itu diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam semalam.

Adik Allahyarham, Datuk Jalaluddin Hassan berkata beliau menerima berita mengenai kejadian yang menimpa abangnya itu tengah malam kelmarin sebelum bertolak ke Kuantan pagi semalam bersama adik beradiknya yang lain.

"Saya bersama adik beradik yang lain sampai ke hospital pagi jam 9 pagi dan semasa itu Abg Ngah ketika itu masih dalam keadan tidak sedarkan diri namun dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun keadaannya mula kritikal petang semalam dengan mengalami tekanan darah rendah dan kegagalan fungsi buah pinggang sebelum menghembus nafas yang terakhir tengah malam tadi," kata pelakon terkenal itu.

Katanya jenazah abangnya itu akan dimandi dan disembayangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dibawa ke rumahnya di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor.

Adik Allahyarham ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Allahyarham, pernah memegang pelbagai jawatan dalam Pemuda Umno Selangor dan Pemuda Umno Malaysia serta merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang (BN) selama dua penggal dari 1990-1999.

Allahyarham dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Jasa pada 2009.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Bukit Teratai, Ampang, selepas zohor hari ini.

-- BERNAMA

Malaysia Kalah 2-1 Kepada Vietnam

SHAH ALAM, 7 Dis (Bernama) -- Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam pada Ahad malam.

Separuh Masa: 1-1

Penjaring:

Malaysia: Safiq Rahim (penalti - minit ke-14)

Vietnam: Vo Huy Toan (32'), Nguyen Van Quyet (60')

Barisan Pemain:

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (kapten), S. Kunalan, Mohd Hafiz Kamal, Azamuddin Mohd Akil (Indra Putra Mahayuddin), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali.

VIETNAM: Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van Bien, Ngo Hoang Thinh, Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong (Mac Hong Quan), Vo Huy Toan (Nguyen Thanh Hien), Nguyen Huy Hung.

Pengadil: Ma Ning (China)

-- BERNAMA

PAS Gesa DAP Henti Tuntut Jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor

SHAH ALAM, 2 Dis (Bernama) -- PAS Selangor mengingatkan sekutunya, DAP supaya menghentikan tuntutan mereka berhubung kerusi jawatan Timbalan Speaker II Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata buat masa ini, tiada keperluan bagi jawatan itu diwujudkan memandangkan jawatan tersebut telahpun diisi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi dari PAS, Mohd Shafie Ngah.

"Saya tidak setuju supaya diadakan jawatan Timbalan Speaker II DUN (sebagaimana yang dituntut oleh DAP). Tidak ada keperluan jawatan itu diwujudkan.

"Ini sebab tugas Timbalan Speaker DUN hanya terhad semasa persidangan dewan sahaja," katanya yang juga ADUN Sabak ketika ditemui pemberita di lobi DUN Selangor di sini pada Selasa.

Beliau berkata tuntutan jawatan timbalan speaker akan mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan rakyat yang akan melihat Pakatan Rakyat seolah-olah gila jawatan.

Sallehen berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim semalam bahawa DAP wajar diberikan kerusi jawatan timbalan speaker DUN memandangkan parti itu menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat sewaktu krisis menteri besar kira-kira lima bulan lepas.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata peruntukan bagi rumah ibadat selain Islam di Selangor akan dinaikkan sekali ganda dari RM3 juta kepada RM6 juta mulai tahun depan.

Katanya, dengan peruntukan terbaru itu, rumah ibadat Kristian akan menerima peruntukan RM1 juta, Hindu dan Sikh RM2 juta manakala tokong Cina dan Buddha RM3 juta.

"Peruntukan ini akan digunakan bagi tujuan perayaan dan kelas agama selain menaik taraf bangunan rumah ibadat masing-masing," katanya yang menambah peruntukan itu disediakan menerusi Rang Undang-undang Perbekalan 2015.

-- BERNAMA

Agong Kurnia 205 Pingat Darjah Kepahlawanan ATM

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.

Roslan mendahului senarai 205 penerima pada sesi pertama istiadat pengurniaan darjah kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2014 di Istana Negara di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad.

Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan darjah PGAT Kehormat kepada dua pemimpin tentera negara asing iaitu Ketua Pemerintah Tentera Darat Myanmar, Jeneral Soe Win dan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brig Jeneral (U) Datuk Seri Panglima Wardi Abd Latip.

Manakala Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima darjah Pahlawan Angkatan Tentera Kehormat.

Istiadat pengurniaan melibatkan 17 penerima darjah Pahlawan Setia Angkatan Tentera, 19 penerima darjah Pahlawan Angkatan Tentera, 103 penerima darjah Kesatria Angkatan Tentera dan 63 penerima darjah Bentara Angkatan Tentera.



-- BERNAMA

Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Daripada Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa 3 November lepas.
Datuk Seri Anwar Ibrahim


Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan itu dibuat setelah baginda berunding dengan Dewan di-Raja Selangor dan selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan darjah kebesaran sepertimana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

"Penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang dikurniakan pada 1992 itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau (Anwar) sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini.

"(Tindakan Anwar turut melibatkan) hal-hal yang berkaitan isu-isu agama Islam di mana telah dimaklumi umum bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua agama sepertimana termaktub di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Munir berkata tindakan dan perlakuan Anwar yang juga ketua pembangkang menyebabkan beliau tidak lagi sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu.


-- BERNAMA

SETIAP PENJAWAT AWAM PERLU FAHAM DENGAN JELAS TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM - KP JPA

Bernama
24/11/2014 

KANGAR, 24 Nov -- Setiap penjawat awam perlu memahami dengan jelas transformasi sektor awam supaya matlamat yang ditetapkan tercapai, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohd Zabidi Zainal. Beliau berkata transformasi juga untuk meningkatkan integriti, keberkesanan dan kelicinan sistem penyampaian, dinamik dan berjiwa rakyat serta menambah nilai perkhidmatan awam. Dalam pada itu, Mohamad Zabidi berkata, "Isu-isu membabitkan agensi-agensi tertentu ibarat 'nila setitik rosak susu sebelanga' telah merosakkan seluruh perkhidmatan awam. Sebagai contoh, katanya, isu tanah runtuh dan pendatang asing tanpa izin di Cameron Highlands telah menyebabkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam di kalangan rakyat timbul. "Persepsi negatif ini perlu diubah dengan memenuhi kepercayaan dan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam sebagai tiang seri kerajaan yang memerintah," katanya. Mohamad Zabidi berucap merasmikan program 'Semarakkan Transformasi dan Jelajah #myGST4U' peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 di sini, Isnin. Setiausaha kerajaan Perlis, Romli Dai serta wakil CUEPACS dan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri turut hadir. Sebanyak 20 booth mempamerkan perkhidmatan kerajaan termasuk mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). "Jabatan-jabatan kerajaan hendaklah bertindak sebagai satu pasukan. Kena buat koordinasi, tidak boleh bertindak sendiri, malah pemikiran juga kena berubah. Inilah transformasi sebagai satu pasukan. "Apabila pendekatan ini dilaksanakan, masalah tidak cukup anggota tidak akan berlaku. Kita juga mesti responsif dan memberi yang terbaik kepada rakyat," tambahnya. Menurutnya program tersebut bagi membolehkan JPA dan agensi-agensi lain menyebar luas agenda dan dasar-dasar kerajaan mengenai CBP serta menjawab keraguan atau pertanyaan mengenainya. Mohamad Zabidi berkata program itu yang telah dibuat di Perak, Kedah dan Sabah menunjukkan kefahaman penjawat awam semakin meningkat berdasarkan maklum balas positif hasil sesi soal jawab, forum dan pameran yang diadakan. "Sekiranya penjawat awam boleh bertindak sebagai jurucakap dengan menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, akan berlaku kesan berganda yang memberi impak besar mengenai dasar yang dilaksanakan kerajaan terutama berkaitan CBP," katanya. Beliau menambah Perlis adalah negeri pertama melaksanakan Lab Transformasi dengan kerjasama pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertujuan memberi pendedahan mengenai transformasi perkhidmatan awam kepada semua penjawat awam. Katanya, program sama akan diadakan di Johor Baharu pada 2 Dis depan. 
-- BERNAMA


CUEPACS KESAL UGUTAN BUNUH TERHADAP ANGGOTA JPJ

Bernama 
25/11/2014

 SERDANG, 25 Nov (Bernama) -- Cuepacs meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap dua individu yang mengeluarkan perkataan kesat dan ugutan bunuh melalui laman sesawang terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata dua individu terbabit membuat ugutan itu selepas tidak berpuas hati terhadap kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad, baru-baru ini. Beliau berkata apa yang dimaksudkan oleh Ismail ialah sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya, maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian. "Ketua Pengarah JPJ mengeluarkan kenyataan bahawa statistik pada 2020 menjangkakan angka kematian akibat kemalangan jalan raya adalah 10,716 orang. "Itu cuma statistik, orang ramai sepatut menerimanya sebagai satu perangkaan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Organisasi Yayasan Pekerja Malaysia (Yapem), di sini hari ini. Azih berkata JPJ cuba menguatkuasakan undang-undang sedia ada namun telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada dua individu itu sehingga sanggup mengeluarkan perkataan kesat dan ugutan bunuh kepada anggota JPJ. "Perbuatan mengugut hingga mengancam keluarga dan anak-anak anggota JPJ merupakan perilaku yang berada di luar norma batasan manusia yang waras," katanya. Sehubungan itu, dua laporan polis dibuat oleh lapan anggota Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, semalam. Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri berkata penyebaran ugutan bunuh dan kata-kata kesat dikesan di laman sesawang sejak tiga hari lepas.
 -- BERNAMA

Negara Bebas Pati Menjelang 2020 - Imigresen

Oleh Muhammad Afiq Mohd Asri

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) menjelang tahun 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Datuk Sakib Kusmi berkata pihaknya juga meletakkan matlamat mencapai tahap sifar PATI dengan memperkemaskan penguatkuasaan di semua pintu sempadan tanah air.

Justeru, katanya bagi mencapai sasaran itu, perancangan enam tahun akan datang akan turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi bersepadu banteras PATI.

"Selain itu, imigresen juga akan menimbang semula pelaksanaan program pengusiran seperti 3+1 yang didapati berkesan.

"Apa yang penting sekarang ialah menghalang kemasukan PATI daripada memasuki negara ini secara tidak sah," katanya kepada Bernama dalam temuramah baru-baru ini.

Program 3+1 merujuk kepada program serah diri sukarela yang melibatkan sama ada majikan sendiri menyerahkan PATI atau PATI menyerah diri kepada pihak berkuasa.

PENJAWAT AWAM PERLU TURUT DIREMAJAKAN - SHAHIDAN

Bernama 1/12/2014

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Konsep 'peremajaan' yang disebut dalam Perhimpunan Agung Umno perlu turut diterapkan dalam kalangan penjawat awam bagi memberi impak positif terhadap gerak kerja mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata konsep tersebut seharusnya turut diamalkan di peringkat anggota pelaksana dan bukan sekadar di peringkat pembuat dasar. "Contohnya seorang renjer hutan berpangkat rendah. Dia ialah pegawai yang buat siasatan, masuk

PENJAWAT AWAM DIGESA LAPOR KENAIKAN HARGA BARANG TIDAK MUNASABAH

Bernama
3/12/13


JOHOR BAHARU, 2 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mahu 1.5 juta penjawat awam di negara ini melaporkan tindakan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015 dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah. Katanya usaha ini dapat membantu usaha kerajaan memastikan agar rakyat tidak dibebani dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi selain tidak berlaku ketirisan dalam sistem percukaian tersebut. "Penjawat awam perlu memainkan peranan dengan membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah #myGST4U Negeri Johor yang dianjurkan JPA di sini pada Selasa. Sementara itu, katanya, JPA telah meluluskan lebih 400 jawatan penguat kuasa baharu sebagai persediaan kerajaan