Klik atas untuk dapatkan simkad paling JIMAT. Call 5sen, percuma sms

Klik atas untuk dapatkan simkad paling JIMAT. Call 5sen, percuma sms
Keterangan lanjut Whatsapp/Call 0194831125

kalendar cuti sekolah, cuti umum di Malaysia 2015

Rancang percutian anda.
Untuk memudahkan anda bercuti bersama keluarga sila rujuk jadual cuti sekolah dan cuti umum di Malaysia untuk tahun 2015.


JADUAL GAJI GURU/KAKITANGAN KERAJAAN 2015

Untuk semua golongan pendidik@guru/kakitangan kerajaan Malaysia.
Jangan lupa jadual gaji kakitangan kerajaan 2015 ini.
Kena buat perancangan bajet tu betul-betul...
GST bakal menjelma..


CUEPACS CADANGKAN TEMPOH WAJIB TUGAS PENGUAT KUASA



KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewajibkan setiap agensi penguat kuasa tidak menempatkan seseorang pegawai atau anggota di satu-satu kawasan me­lebihi lima tahun. Azih Muda Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah tersebut bertujuan mengelak mereka berasa ‘selesa’ di sesuatu tempat sehingga mendedahkan mereka kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa. Selain itu, kata beliau, setiap ketua unit penguat kuasa juga bertanggungjawab melakukan pemantauan bagi mengelakkan orang bawahan mereka seolah-olah mempunyai kuasa sendiri. “Dasar penempatan tidak melebihi lima tahun ini wajib dilaksanakan memandangkan pada masa ini ada agensi tidak membuat pertukaran anggota mereka sehingga 20 tahun. “Selain itu ketua perkhidmatan masing-masing mesti mengetahui keperluan dan pergerakan anak-anak buah mereka serta mengetahui masalah pekerja. Mereka juga mesti sentiasa berkomunikasi supaya mengwujudkan rasa hormat dan nilai-nilai integriti dalam diri agar tidak tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh mencadangkan pembersihan anggota dalam agensi-agensi penguat kuasa perlu dilakukan bagi menghentikan gejala rasuah terutama di bahagian atau unit yang berisiko tinggi seperti di bahagian pelesenan iaitu bermula dengan pelaksanaan pemprofilan integriti dalam proses pengambilan anggota bagi agensi-agensi ber­kenaan. Cadangan itu dibuat susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pindaan terhadap undang-undang sedia ada dilaksanakan bagi mengenakan tindak­an lebih berat kepada penerima dan pemberi rasuah. Dalam pada itu, Azih berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah unit pemantauan untuk meneliti setiap dasar dan sistem penyampaian kerajaan yang dilihat lapuk dan tidak lagi relevan. Katanya, kelambatan proses-proses tertentu dan kerenah birokrasi dalam sektor kerajaan perlu dibanteras secara keseluruhan kerana keadaan itu boleh mengundang kepada gejala rasuah. Jelas beliau, penambahan pegawai di barisan hadapan mesti dilakukan sekiranya kaedah tersebut boleh mengurangkan tempoh menunggu dalam setiap permohonan dokumen-dokumen kerajaan. “Rakyat tidak suka untuk menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan permohonan di mana-mana agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan mereka akan menyogok wang untuk mempercepatkan proses ini. “Jadi, sekiranya perkara ini dapat dibendung melalui pemantauan unit berkenaan, gejala rasuah ini tidak mungkin akan berlaku,’’ katanya.
 - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tukar-setiap-lima-tahun-1.35172#sthash.HvONR2Rt.dpufetiap lima tahun



TERENGGANU PERUNTUKAN KIRA-KIRA RM20 JUTA AGIH BONUS KEPADA 9,719 PENJAWAT AWAM NEGERI

 TERENGGANU, 8 Dis (Bernama) -- Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500. Berucap ketika membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13, di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan. Katanya kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM20 juta kepada 9,719 kakitangan awam negeri bagi pemberian tersebut yang akan dibayar pada Januari tahun hadapan. Terdahulu Kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan ketika membentangkan "Bajet 2015 pada 10 Okt lepas. Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ahamd Razif menyifatkan Bajet 2015 ini bakal memberi manfaat menyeluruh kepada semua rakyat negeri meliputi isu kritikal seperti masalah perumahan, kemiskinan, keusahawanan, perkhidmatan, sukan, pendidikan, pembangunan, pertanian, pelancongan, ibu tunggal, malah kebajikan penarik beca dan pemandu bot penambang turut diambil kira. Menurutnya kerajaan negeri juga prihatin dengan nasib pengayuh beca roda tiga yang membawa penumpang ke Pasar Kedai Payang serta pemandu bot penambang tradisional kerana mereka adalah antara mereka di barisan hadapan dan punyai peranan tersendiri dalam memajukan sektor pelancongan di negeri ini. "Untuk itu, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM200 sebulan kepada mereka sebagai insentif dan ia akan diuruskan oleh Tourism Terengganu, katanya. Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pelaksanaan program membina rumah baharu serta membaik pulih rumah dengan 1,300 penerima bakal menerima manfaatnya. "Sebanyak RM43 juta juga diperuntukkan bagi menyiapkan 19 projek sambungan Rumah Mampu Milik dan kerajaan negeri menyediakan subsidi antara RM20,000 hingga RM73,000 bagi setiap unit rumah termasuk kos penyediaan infrastruktur dan kos tanah. "Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menghapuskan faedah dalam bayaran bulanan pembelian rumah mampu milik dan melanjutkan tempoh bayaran sehingga 30 tahun dengan jumlah bayaran hanya RM189 bulanan," katanya. Keutamaan diberi kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, belum memiliki rumah sendiri dan kuota 10 peratus turut disediakan untuk golongan belia yang belum berkahwin. Selain itu, Ahmad Razif berkata sejumlah RM20.6 juta diperuntukkan bagi melonjakkan lagi sektor pertanian, RM17.3 juta untuk pengurusan sukan, RM10 juta untuk pembinaan litar motosikal di Gong Badak dan RM10 juta untuk membantu golongan ibu tunggal di negeri itu menjalankan perniagaan, manakala peniaga di kampung diperuntukkan RM5 juta iaitu pinjaman mudah. "Bagi memperkasakan lagi golongan belia, kerajaan negeri bersetuju menaikkan insentif kepada persatuan belia yang aktif sebanyak RM5,000 berbanding RM2,000 sebelum ini manakala persatuan belia yang biasa, kekal menerima RM2,000 sebagai bantuan pentadbiran. "Aspek kebersihan yang menjadi fokus utama Terengganu pula menerima peruntukan sebanyak RM60 juta manakala untuk mengatasi kejadian banjir kilat, sebanyak RM34 juta diperuntukkan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT) untuk kerja pembinaan dan penyelenggaraan perparitan," katanya. -- BERNAMA

DEWAN NEGERI: BONUS SETENGAH BULAN ATAU MINIMUM RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM N.SEMBILAN


SEREMBAN, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebagai menghargai sumbangan berterusan penjawat awam dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. "Bayaran ini akan dijelaskan pada 2 Jan 2015. "Dengan insentif ini, saya amat berharap prestasi kakitangan awam negeri ini akan terus dipertingkat di samping memegang teguh prinsip integriti dalam setiap gerak kerja," katanya ketika berucap semasa membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Sementara itu, dalam usaha menggalakkan jabatan dan agensi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di tahap 'Sangat Baik' dalam tahun-tahun akan datang, kerajaan negeri memberikan insentif kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap jabatan dan agensi yang berjaya mencapai standard itu. Mohamad berkata pada 2013, berdasarkan pemarkahan Jabatan Audit Negara ke atas 14 jabatan dan agensi kerajaan negeri, sembilan jabatan dan agensi berjaya mencapai tahap 'Sangat Baik' dengan markah yang diperoleh melebihi 90 peratus. "Lima agensi lagi mencapai tahap 'Baik' dengan markah antara 84.2 peratus dan 89.9 peratus," katanya. Jabatan dan agensi yang telah mencapai kejayaan pada tahap 'Sangat Baik' ialah Majlis Perbandaran Seremban, Pejabat Kewangan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Selain itu Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri Sembilan turut mencapai tahap 'Sangat Baik'. -- BERNAMA